Warta Kerajaan Rakyat - KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan berterusan Umno-Barisan Nasional (BN) ke atas karier politiknya merupakan yang paling ‘teruk’ pernah berlaku dalam sejarah dunia.
Menurut Anwar satu demi satu fitnah dilemparkan ke atasnya dan tidak cukup itu, kini beliau dikaitkan pula dengan klip video seks yang dibongkarkan tiga individu dikenali sebagai ‘Datuk T’.
Anwar berkata Umno-BN cuba mengalihkan isu sebenar daripada pandangan rakyat.
“Isu harga minyak naik,kemiskinan orang Melayu,rasuah, tanah diberi pada kroni…tidak dijawab. Yang dijawab video lucah,yang difokuskan dubur Saiful. Apa ini?
“Mereka alih pandangan rakyat. Kenapa nak serang habis-habisan Pakatan? Sebab mereka tidak boleh jawab isu yang kita bawa. Bukan setakat saya diserang malah Tok guru Nik Aziz,Lim Kit Siang tapi saya pengerusi khas maka kena lebih teruk.
“Mereka bermati-matian nak hancurkan kita. Islam sangatkah mereka? Kalau islam henti rogol,zina,rasuah.
“Jangan lupa saya pemangku Perdana Menteri dan Presiden Umno. Nak sumpah suruh dulu berhenti minum arak. Orang sumpah jangan rogol lagi,baru nak sumpah,” katanya ketika menyampaikan ceramah di hadapan lebih 800 orang yang berhimpun di Dewan Nusa Bakti Bandar Baru Ampang malam tadi.
Beliau sempat berseloroh apabila dirinya dikaitkan dengan pelaku dalam video klip seks itu.
“Saya pergi mana-mana orang pandang perut saya. Sampai Azizah tegur jangan makan banyak nanti perut buncit,” katanya sambil disambut ketawa oleh orang ramai yang hadir.
Datuk Trio terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mendedahkan klip video yang didakwa seorang pemimpin kanan pembangkang.
Klip video itu juga akhirnya dimuat turun ke laman sosial Youtube dan blog memaparkan aksi seks didakwa adalah Anwar.
Jumaat lalu turut berlangsungnya majlis angkat sumpah laknat oleh Eskay bahawa pelaku dalam klip video itu adalah Anwar.
Merujuk kepada klip video Anwar berkata soal moral menjadi keutamaan dan mahu pesaing politik yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menilai peribadi sendiri terlebih dahulu.
Anwar nyata tegas apabila menyentuh soal maruah diri dan keluarganya.
“Keluar video kedua..Saya manusia ada perasaan..ada maruah. Saya ada Azizah,anak-anak,cucu. Ini cara nak lawan politik. Ini soal moral. Najib lawak cara elok. Tengok diri saudara dulu..kes rampas bini orang selesai,kes Port Dickson selesai,” katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Menurut beliau, rakyat dari pelbagai negara dan agama turut melahirkan rasa kesal dengan fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya.
Malah mereka menyifatkan fitnah ke atas Anwar lebih dasyat jika dibanding apa yang berlaku kepada pemimpin mereka.
“Seorang kiai di Jawa Timur buat doa dan solat hajat. Beliau yang menonton berita di tvone kata pemerintahan ini memang edan (gila). Zaman Sukarno,Suharto tidak pernah dimalu,diaibkan sebegitu rupa.
“Ada paderi telefon saya beliau akan buat perhimpunan di Singapura,Taiwan,Jepun,
Australia,Korea dan Amerika untuk adakan bacaan doa bagi saya di gereja.
“Dia tanya boleh tak saya doakan keselamatan saya daripada fitnah dan biar fitnah itu berbalik kepada mereka, serta agar saya peroleh kemenangan.
“Di utara Kerala di sana ramai orang Islam. Mereka buat perhimpunan dengan dihadiri setengah juta orang. Mereka buat solat hajat khas agar saya dapat dibebaskan daripada fitnah ini ,” katanya.
Turut hadir dalam ceramah termasuklah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara Shamsul Firdaus.
No comments:
Post a Comment