Pages

Wednesday, May 18, 2011

Lady Gaga ada 10 juta pengikut Twitter



Warta Kerajaan Rakyat - WASHINGTON: Penyanyi pop Amerika Syarikat, Lady Gaga, muncul sebagai individu pertama memiliki lebih 10 juta pengikut dalam laman Twitter-nya.

@ladygaga mencecah 10.06 juta pengikut pada sebelah petang kelmarin.

Ini diikuti penyanyi Justin Bieber dengan 9.7 juta pengikut dan Presiden Amerika, Encik Barack Obama, yang mempunyai 8.02 juta pengikut menerusi @barackobama. -- AFP.


Ratu Elizabeth II lawat Ireland

DUBLIN: Ratu Elizabeth II semalam melakukan lawatan pertama ke Ireland oleh keluarga diraja Britain dalam tempoh sekurun selepas pasukan keselamatan mematikan bom yang dijumpai dalam sebuah bas.Bom itu dijumpai dalam sebuah bas di bandar Maynooth, berdekatan Dublin.

Lawatan empat hari Ratu Elizabeth itu ditentang oleh kumpulan Republikan yang tegar.

Kumpulan tersebut mahukan Northern Ireland yang berada di bawah kuasa Britain menjadi sebahagian daripada Ireland. -- AFP.
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

No comments:

Posting Terkini