Pages

Wednesday, May 18, 2011

Pemimpin PAS juga sokong Perkasa

Warta Kerajaan Rakyat - PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mendakwa ada pemimpim PAS menyokong pertubuhan itu memperjuangkan agama Islam dan hak orang Melayu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas itu tidak mahu menamakan pemimpin PAS berkenaan.
“Ada pemimpin PAS yang saya jumpa menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan Perkasa menegakkan agama Islam dan hak orang Melayu,” katanya dalam satu majlis anjuran pertubuhan itu di ibu negara petang semalam.

Kira-kira 300 ahli dan penyokong Perkasa menghadiri program tersebut yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, menurut Ibrahim pemimpin PAS Kelantan, Datuk Husam Musa tidak menyokong Perkasa memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu.
Ibrahim mendakwa, bekas naib presiden PAS itu risau kerana peranan parti itu telah diambil alih oleh Perkasa.
Malah beliau juga mengulas mengenai kenyataan Husam supaya beliau (Husam) tidak menyibuk dalam isu jihad.
“Saya mahu Husam selesaikan dulu isu ladang rakyat, bazar Tok Guru yang menjadi perbualan rakyat Kelantan,” tambahnya.
lsnin lalu dalam satu kenyataan media, Husam menasihatkan presiden Perkasa itu supaya tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah
lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan kuasa Umno-Barisan Nasional.
Katanya, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah.
Ibrahim sebelum itu memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini.




No comments:

Posting Terkini