KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penyokong berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi dan bilangannya dijangka semakin bertambah.
Hari ini adalah hari penentuan ke fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anggota polis dilihat berkawal di mana-mana sahaja dalam perkarangan mahkamah.
Mahkamah tempat perbicaraan Anwar juga dipenuhi kira-kira 200 orang termasuk wartawan, penyokong Anwar dan polis Cawangan Khas. Ia adalah tiga kali ganda jumlah kehadiran biasa.
Anwar tiba di mahkamah pada kira-kira jam 9.05 pagi .
Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat tiba lebih awal antaranya, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden Tian Chua, Naib Presiden pas, Mahfuz Omar, Exco Selangor Ronnie Liu dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Chua Jui Meng.
No comments:
Post a Comment