Pages

Tuesday, March 22, 2011

SPRM menipu untuk alih isu kematian Beng Hock


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menafikan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa DAP mengambil sebahagian kecil peruntukan daripada projek yang dilaksanakan kerajaan Selangor.
Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Unit Penyiasatan SPRM, Hairul Ilham Hamzah, sewaktu memberi keterangan pada Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai  kematian Teoh Beng Hock.
“Kenyataan Hairul adalah palsu, sama sekali tidak berasas dan direka cipta untuk mengalihkan tumpuan orang ramai daripada kesalahan SPRM sehingga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock,” kata Teresa yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara.

Menurut Teresa lagi, Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah sudah menafikan kenyataan tersebut sebelum ini dalam inkuiri terdahulu dan memberikan bukti namun pegawai SPRM berkenaan masih lagi mengulangi dakwaan yang sama.
Teresa menggesa SPRM agar mendakwa mereka jika mempunyai bukti rasuah dan bukannya bertindak sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki tidak bersalah.
“Jika SPRM ada bukti rasuah, perkara yang patut mereka buat adalah mendakwa mereka yang bersalah di mahkamah dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah,” kata Teresa.

No comments:

Posting Terkini