Pages

Wednesday, February 16, 2011

Shamsul tidak akan tanding Merlimau

Sebaliknya, PKR Melaka akan mengerahkan semua jenteranya untuk membantu PAS memenangi pilihanraya kecil tersebut.
PETALING JAYA:  Ketua AMK Pusat  Shamsul Iskandar Mohd Amin tidak akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac depan.
Jaminan itu diberikan oleh Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah ketika dihubungi hari ini.
Shamsul gagal dihubungi untuk mengulas lanjut perkara tersebut.
Sebaliknya, kata beliau PKR Melaka akan mengerahkan semua jenteranya untuk membantu PAS memenangi pilihanraya kecil tersebut.

“Kalau ada laporan Shamsul akan bertanding di Merlimau itu hanya cadangan dari rakan-rakannya dalam AMK.
“Tetapi Pakatan Rakyat memutuskan PAS bertanding di Merlimau dan kami akan menghormatinya,” katanya.
Mohd Yusof juga dengan tegas menolak khabar angin bahawa PKR Melaka  akan memboikot PAS di Merlimau.
“Kami tidak akan mengkhianati rakan dalam Pakatan Rakyat. Kemenangan PAS adalah kemenangan Pakatan Rakyat,” katanya.
Pilihanraya kecil Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai hari penamaan calon dan  6 Mac hari mengundi.
PAS akan menamakan calonnya pada 24 Februari. Empat nama yang dicadangkan ialah Kintan Man; Setiausaha Muslimah Melaka, Yuhaizat Abdullah; Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang yang bertanding di Merlimau dalam pilihanraya umum lalu dan Kamaruddin.
Sebelum ini disebut-sebut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berminat untuk bertanding di Merlimau.
Yang DiPertua PAS Jasin, Kamaruddin Sidek juga menolak dakwaan bahawa PKR akan memboikot PAS dalam pilihanraya kecil ini.
“Ia khabar angin yang  tidak boleh dipercayai,” katanya ketika dihubungi.

1 comment:

Anonymous said...

kalau anuar kesg buluh ,mamat pendekni jadi apa agaknya,sekarang dah tak ada kerja angkat najis,mane nak humban mangkokni?ooooooooo ada,tg rambutan atau tampoi.hemmmmmmmmmmm.

Posting Terkini