Pages

Wednesday, February 16, 2011

PKR Senarai Pendek Calon Menjelang PRU-13


KUALA LUMPUR 16 FEB : Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberitahu bahawa kepimpinan negeri parti berkenaan kini sedang menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP. 

“Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008,” ujar  Azmin, lapor portal The Malaysian Insider. 

Menurut Azmin, ada kemungkinan pertukaran kerusi ditandingi memandangkan PAS juga juga mahu memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi campuran. 

Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.

Justeru itu, parti itu memutuskan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. 


Memahami bahawa ketiga-tiga gabungan ini punya kekuatan dan kelemahan masing-masing di kawasan-kawasan yang ditandingi sebelum ini, maka ujar Azmin, adalah penting untuk berbincang mengenainya. 

PKR dijangka berhadapan dengan persaingan tiga penjuru memandangkan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan parti Kita pimpinan Datuk Zaid Ibrahim juga  akan memfokus kerusi-kerusi ditandingi parti itu.

Semalam, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mengesyorkan satu perikatan yang lebih kolektif membabitkan Pakatan Rakyat dan gerakan 
prorakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

MCLM mahu menawarkan senarai 30 calon untuk pertimbangan Pakatan Rakyat khususnya PKR.

Spekulasi menyebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum pada suku kedua atau keempat tahun ini meskipun mandat  Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir 2013.

Bagaimanapun sumber-sumber BN memberitahu portal itu mendakwa, pilihan raya negeri Sarawak, yang mandat kerajaan negeri akan berakhir Julai ini, akan  diadakan April ini sebelum pilihan raya umum ke-13.

Kali terakhir pilihan raya negeri Sarawak diadakan adalah pada 2006.

No comments:

Posting Terkini