Encik Perdana Menteri,
Tahukah anda, keputusan inkues amat memilukan buat keluarga kami? Perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada 500 hari, berakhir dengan keputusan yang tidak menemui jawapan, dan membawa kes kematian Beng Hock ke titik asal. Apakah begitu sukar untuk kami mendapatkan kebenaran?
Ya, kami menuntut kebenaran yang sepenuhnya. Keputusan inkues menunjukkan bahawa kecederaan Beng Hock pada bahagian leher terjadi sebelum kejatuhan dari tingkat atas. Keluarga kami ingin tahu, siapa yang menyebabkan kecederaan tersebut, dan bagaimana kecederaan tersebut terjadi? Siapa pula yang harus bertanggungjawab terhadap kecederaan tersebut? Ini kerana Beng Hock seorang yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa kecederaan sebelum disiasat Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Inkues kematian Beng Hock telah menjadi kes misteri, dan ia menjejaskan imej kerajaan dan sistem kehakiman.
Anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada 7 Januari 2011, tetapi terma siasatan tidak termasuk punca kematian Beng Hock. Keputusan ini langsung bukan kemahuan keluarga kami. Suruhanjaya Diraja yang hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, tetapi bukan punca kematian Beng Hock - tidak menghukum pihak yang harus dipertanggungjawabkan. Ia sangat mengecewakan kami.
Encik Perdana Menteri, kami telah menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan yang lalu, dan berjaya mengumpul kira-kira 80 ribu tandatangan rakyat. Tuntutan agar Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian Beng Hock telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada khalayak umum. Selepas anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, 126 NGO telah menggesa agar terma Suruhanjaya Diraja ini diperluaskan untuk merangkumi siasatan punca kematian Beng Hock, termasuk MCA, Gerakan, Majlis Peguam, Aliran dan sebagainya.
Jelas, tuntutan agar siasatan terhadap punca kematian Beng Hock disokong suara rakyat. Ia menjadi sesuatu yang mengingkari semangat demokrasi seandainya suara rakyat ini diabaikan.
Keluarga kami bersetuju dengan seruan 126 NGO, untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja agar merangkumi siasatan terhadap punca kematian Beng Hock, dan melantik tujuh orang tokoh berkredibiliti dan memiliki rekod baik dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia. Kami berharap agar PM memperlahankan langkah untuk menyerah senarai agar diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agong. Dengarlah suara hati keluarga kami, agar kami dan rakyat menaruh yakin terhadap Suruhanjaya Diraja yang anda tubuhkan.
Tiada seorang pun yang harus nyawanya diragut dengan zalim dan kejam di atas tanahair ini. Tiada seorang pun yang harus didera dan menanggung keganasan sistem ini.
Hormati nyawa dan maruah, menjamin hak asasi manusia adalah lambang sesebuah negara yang gemilang. Kami berharap agar kerajaan ikhlas untuk menangani kes Teoh Beng Hock - memberi keadilan kepada Beng Hock dan memberi kebenaran kepada keluarga kami.
Keluarga kami tidak akan berputus asa untuk menghambat keadilan, malah kami melihat rakyat telah menunjukkan kemuliaan dan keberanian mereka - yang selama ini menjadi sokongan terbesar kepada keluarga kami. Kami akan terus menjelajah ke selurah negara untuk menuntut keadilan - dan tidak pasrah selagi matlamat kami tidak tercapai.
Keluarga kami tidak akan berputus asa untuk menghambat keadilan, malah kami melihat rakyat telah menunjukkan kemuliaan dan keberanian mereka - yang selama ini menjadi sokongan terbesar kepada keluarga kami. Kami akan terus menjelajah ke selurah negara untuk menuntut keadilan - dan tidak pasrah selagi matlamat kami tidak tercapai.
Terima kasih.
Daripada,
Teoh Lee Lan
(Wakil keluarga Teoh)
Teoh Lee Lan
(Wakil keluarga Teoh)
No comments:
Post a Comment