Oleh Rahmah Ghazali
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan sokongan terhadap cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat meskipun terdapat bangkangan di kalangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan orang ramai.
Ketika menjawab soalan daripada Shafie Abu Bakar (PAS-Bangi) pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Khalid berkata inisiatif seperti itu harus diterima kerana pembinaan menara itu akan memacu pertumbuhan ekonomi.
Pada masa yang sama, beliau berkata, pelan cadangan kerajaan persekutuan untuk Greater Kuala Lumpur harus disokong kerana pelan ini akan menyuntik pertumbuhan ekonomi di Selangor.
"Berlaku perdebatan hangat tentang cadangan ini di Parlimen, sama ada terdapat keperluan kepada bangunan pencakar langit seperti itu. Tapi inisiatif seperti itu harus diterima kerana ia akan merangsang perkembangan ekonomi di Selangor dan malaysia dengan lebih pesat," katanya.
Cadangan menara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen bulan lalu.
Menara Warisan Merdeka akan dibangunkan oleh syarikat pengurusan saham amanah terbesar di negara ini, Permodalan Nasional Berhad dengan kos RM5 bilion.
Tuesday, November 9, 2010
MB Selangor sokong pembinaan menara 100 tingkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment