Pages

Monday, October 18, 2010

Riau sokong projek bina jambatan Selat Melaka

PEKANBARU: Pemerintah Riau terus akan menyokong sambungan jalan raya yang menghubungkan Indonesia dengan Malaysia melalui Jambatan Selat Melaka sepanjang 54 kilometer.

Gabenor Riau, Encik Rusli Zainal, berkata Jambatan Selat Melaka ini akan menghubungkan bandar Makeruh, Pulau Rupat, dengan Teluk Gong di Melaka.

Kata Encik Rusli lagi, sudah banyak pelabur yang berminat, tetapi pemerintah pusat nampaknya belum memberi maklum balas.

Tambah beliau, rancangan jambatan ini sudah dirancangkan dengan baik.

Malah, pihak berkuasa Riau telah memaklumkannya kepada kerajaan Malaysia secara rasmi dan tidak rasmi.

'Selepas mendengar rancangan ini, mereka (Malaysia) lebih proaktif dibanding kita. Mereka sudah membentuk syarikat sendirian berhad terlibat dalam rancangan pembangunan Jambatan Selat Melaka,' kata Encik Rusli lagi.

Indonesia dalam hal ini dilihat sebagai ketinggalan dalam usaha memulakannya jika dibandingkan dengan Malaysia, tambah beliau. -- Agensi.





1 comment:

Anonymous said...

Pengarah Wood Angle pewaris Tengku Busu ( Deing Hassan )YTM Raja Muda Jementah, Johor berminat membina Jembatan Selat Melaka menghubungi Malaysia, dari Kula Lukut Port Dickeson Ke Pulau Rumpat sepanjang 30 Km

Posting Terkini