Pages

Monday, May 3, 2010

PM Israel sedia sambung rundingan damai

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, semalam menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam usaha menyambung semula rundingan damai dengan Palestin.

Kenyataan itu dibuat selepas negara-negara Arab mengumumkan mereka menyokong rundingan damai, yang digerakkan Amerika Syarikat.

Encik Netanyahu berkata beliau bersedia untuk memulakan rundingan itu pada 'bila-bila masa'. -- AP

Remaja Afghanistan 'jalan kaki' ke Hungary

BICSKE (Hungary): Sekumpulan empat remaja Afghanistan mengejutkan polis apabila mendakwa mereka berjalan kaki dari Kabul ketika ditahan di sebuah bandar di Hungary.

Remaja itu, yang berusia antara 14 dengan 17 tahun, mendakwa mereka sudah berjalan kaki sejauh 6,400 kilometer dan sedang menuju ke London kerana percaya mereka akan mendapat perlindungan di ibu negara England itu.

Perjalanan mereka bermula tiga tahun lalu dan keempat-empat remaja tersebut ditahan ketika menumpang tidur di sebuah tanah perkuburan di Harkany. -- Agensi.




No comments:

Posting Terkini