JAKARTA: Polis menahan seorang suspek pengganas yang terlibat dalam mengendalikan kem latihan di Gunung Jalin di Aceh Besar.
Jurucakap Polis Kebangsaan, Inspektor Jeneral Edward Aritonang, berkata suspek yang dikenal pasti sebagai Eko Prasetyo ditahan di sebuah masjid di bandar Lamongan, Jawa Timur, Isnin lalu.
'Suspek berjaya melarikan diri dari Aceh sehingga sampai ke Jawa Timur,' kata Inspektor Jeneral Edward lagi.
Berikutan operasi ke atas rangkaian keganasan di Aceh awal Mac lalu, skuad polis antikeganasan memberkas 63 orang dengan 50 daripadanya masih ditahan, lapan ditembak mati dan lima dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Polis juga merampas 29 senjata, 21,000 peluru hidup serta wang tunai berjumlah 100 juta rupiah ($15,200) daripada kesemua suspek.
Inspektor Jeneral Edward berkata siasatan polis mendapati kem latihan tersebut adalah sebahagian daripada rancangan pihak pengganas untuk membina pusat pergerakan pemisah dan negara Islam di Aceh. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment