Pages

Thursday, February 4, 2010

Subang Jaya Diserang Wabak Denggi

Kementerian Kesihatan dan Majlis Perbandaran Subang Jaya dikerah dalam satu operasi bersepadu membanteras penularan wabak denggi di Subang Jaya, Selangor.

Unit Kawalan Vektor Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 77 kes dilapor pada bulan Januari tahun ini, 6.5 peratus lebih tinggi berbanding 72 kes pada bulan pertama tahun lalu.

Seramai 60 anggota termasuk doktor menyerbu sebuah tapak pembinaan di jalan SS15/G yang dipercayai menyumbang kepada penularan wabak denggi.

Penolong Pengarah Kesihatan Kanan MPSJ, Dr Roslan Mohamad Hussin berkata, kawasan ini telah mencatatkan 8 kes sehingga 30 Januari 2010

“Hari ini kita masuk ke kawasan pembinaan disebabkan kawasan kes berdekatan dengan tapak pembinaan dan termasuk kawasan tempat perniagaan. Petang ini insyallah kita akan pengwasapan (fogging) di kawasan ini”.

Pemantauan dilakukan di tapak pembinaan mendapati 3 lokasi menjadi nadi pembiakan jentik-jentik dan pihak MPSJ mengeluarkan notis 7 hari untuk pembersihan.

Sampel jentik-jentik akan dibawa ke makmal MPSJ dan sekiranya didapati positif Aedes maka tapak tersebut akan dikenakan kompaun sebanyak RM500 dan akan diberhentikan operasi selama 14 hari.

MPSJ akan menjalan pemantauan ketat. Roslan menyarankan agar penduduk dan pemaju mengambil langkah pencegahan awal.

“Jadi dengan kata lain, pembiakan banyak di kawasan rumah. Jadi apa yang perlu ialah penduduk kena pastikan kawasan rumah bebas daripada tempat pembiakan dan sekurang-kurangnya meluangkan masa 10 minit seminggu untuk bersihkan kawasan rumah”.-HY

No comments:

Posting Terkini