Pages

Friday, March 27, 2009

Shahrir muktamad undur Kabinet

KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Abdul Samad mengesahkan beliau sudah muktamad agar tidak dilantik semula sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) dan juga Kabinet yang baru.

Shahrir menjelaskan, susulan kekalahan semalam adalah tidak adil untuk kepimpinan parti melantik beliau semula menduduki MT dan jemaah menteri.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata, keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menggambarkan sokongan terhadap kedudukan beliau sebagai anggota Kabinet.

Tegas Shahrir, beliau tetap akan menolak jikapun dilantilk semula oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan bakal Perdana Menteri.

"Saya akan menolak jika ada tawaran dilantik... bagi saya kita kena ada asas sokongan daripada ahli parti walaupun untuk pegang jawatan dalam kerajaan," kata beliau ditemui di PWTC tengah hari ini.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa belum memaklumkan hasratnya kepada Najib lagi.

Pun begitu beliau yakin Najib akan memahami kedudukan dan hasratnya itu.

Malah kata Shahrir, adalah tidak adil bagi pucuk kepimpinan melantik beliau semula menduduki MT sebagaimana dilakukan pada 2004.

Shahrir dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mac 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau merupakan antara dua menteri, timbalan menteri dan empat menteri besar gagal dalam saingan mereka untuk menduduki MT kali ini.

Kata beliau, keputusan itu juga selari dengan konvensyen Umno iaitu meletakkan jawatan ekoran keputusan pemilihan.

Malah katanya, keputusan itu diambil selari dengan peralihan kuasa dijangka awal bulan depan.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

2 comments:

mut said...

Shahrir ni buat apa lagi dalam UMNO ?
Dia tak gila jawatan atau duit. Kalau dia tak mau main rasuah, ni bukan tempat lagi. Dulu, kini, selamanya. Sekarang pulak Najib komisyen jadi presiden. Apa, dia tak tau komisyen kapal selam dikebas oleh Najib?

Saya ingat kalau ditanya lubuk hati Shahrir ni dia pun tau sepak terajang politik UMNO, ada rasuah semua boleh jadi. Ntah pasal apa orang Johor ni lekat sangat dengan UMNO, sedangkan UMNO tu dah rosak.

Suara Anak Muda said...

SALAM kengkawan semua..aku pun dah lame kenal dato shahrir ni.dato shahrir nie bagi aku dulu adalah seorang pemimpin yang humble dan mudah mendekati rakyat,aku raselah die pun xtahan dudk dalam kabinet najib!!penuh rasuah dan ketidakadilan...

wahai dato shahrir jika dato ingin mati sebagai seorang pejuang rakyat sepertimana pejuang-pejuang dahulu adalah lebih elok dato buatsembahyang istiharah dan mintak pada tuhan ke mana dato harus pergi,tapi bagi saya orang seperti dato adalah lebih baik bersama PAKATAN RAKYAT...marilah dato kita sama2 berjuang dalam pakatan rakyat...

Posting Terkini