Pages

Thursday, November 12, 2009

Sepanyol desak EU kawal tiga pelabuhan 'lanun' di Somalia

MADRID: Sepanyol semalam mendedak Kesatuan Eropah (EU)supaya menggunakan tentera laut bagi mengawal ketat tiga pelabuhan di Somalia yang digunakan lanun untuk melancarkan serangan terhadap kapal yang melalui Lautan Hindi.

Menteri Pertahanan Sepanyol, Carme Chacon, berkata negara itu akan mendesak Menteri Pertahanan dan Menteri Luar EU untuk memberi tumpuan terhadap perkara itu dalam satu perbincangan, Isnin dan Selasa depan.

“Kami tahu mereka (lanun) bergerak dari tiga pelabuhan dengan kapal mereka untuk menyerang dan menawan kapal dagang di sekitar perairan Lautan Hindi," katanya.

Chacon berkata, kumpulan lanun berkenaan juga mempunyai hubungan baik dengan firma perundangan di London.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat dunia supaya memberi tumpuan terhadap isu berkenaan apabila lanun meminta sejumlah wang tebusan yang melampau.

Beberapa firma undang-undang di London yang terkenal sebagai pusat industri maritim, banyak menguruskan kes pembebasan tebusan lanun dan pembayaran wang tebusan sejak beberapa tahun ini.

Firma ini dikatakan menawarkan khidmat undang-undang kepada pemilik kapal yang ditawan berkaitan pembayaran wang tebusan serta khidmat pegawai perunding dalam soal tuntutan wang tebusan. - AFP


No comments:

Posting Terkini