Pages

Thursday, January 14, 2010

SPRM beri kenyataan mengelirukan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat memberi kenyataan mengelirukan apabila mendakwa badan itu bersedia mengambil keterangan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam di mana saja berhubung dakwaannya ditawar RM5 juta bagi menarik balik akuan bersumpahnya yang mengaitkan Perdana Menteri kepada Altantuya Shariibuu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya menerima syarat Bala supaya soal siasat membabitkan beliau di jalankan di negara ketiga.

Bala telah membuat tawaran itu secara rasmi kepada SPRM menerusi peguamnya Americk Singh bulan lalu. Americk setakat ini dilaporkan masih menunggu jawap-balas daripada SPRM.

"Kita bersedia untuk berjumpa Bala di mana sahaja. Dari segi fasiliti tak ada masalah, Sama ada di dalam atau di luar negeri, kita akan bersetuju," kata Datuk Abu Kassim yang baru dilantik untuk memimpin SPRM.

Yang aneh, pada sidang akhbar sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata pihaknya “masih belum jumpa” Bala untuk mengambil keterangannya.

"Saya tidak perlu beritahu lebih lanjut proses untuk kita mendapatkan keterangan beliau, tapi kami sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataannya. Sehingga kini masih belum jumpa lagi," kata Shukri.

Kenyataan itu dianggap mengelirukan kerana Americk sudah pun bersedia mengatur pertemuan SPRM dengan Bala dan bulan lalu, namun dilaporkan belum mendapat reaksi rasmi dari badan itu.

Americk berkata bekas penyiasat persendirian itu bersedia disoal siasat oleh SPRM dengan syarat isu keselamatan diri dan keluarganya di atasi terlebih dahulu. Justeru beliau meminta soal siasat itu diadakan di negara jiran dan bukan di Malaysia.

Bala kini dipercayai berlindung di India selepas dilaporkan di ugut oleh adik Najib, Nazim Razak untuk menarik balik kenyataan bersumpahnya pada Julai 2008.

Bala turut mendedahkan beliau disogok RM5juta ringgit oleh seorang bernama Deepak Jaikishen yang dikatakan kenalan rapat isteri Najib.

SPRM sebelum ini meminta Balasubramaniam hadir di Putrajaya untuk member keterangan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

No comments:

Posting Terkini