Pages

Thursday, March 5, 2009

Kilang kertas cetak di Prai hangus

BUTTERWORTH: Sebuah kilang kertas cetak dan alat tulis hangus dalam kebakaran yang membabitkan kerugian lebih RM20 juta di Kawasan Perindustrian Perai di sini, kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Asap hitam kebakaran itu dapat dilihat beberapa kilometer dari tempat kejadian, termasuk dari sekitar Jambatan Pulau Pinang dan Seberang Jaya.

Pengarah Bomba Pulau Pinang, Ahmad Izram Osman, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 3.24 petang.

"Seramai 56 angota dan 10 jentera dari Balai Bomba Perai, Perda, Butterworth dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kebakaran tersebut.

"Kita juga mendapat bantuan daripada 40 anggota dan tujuh jentera bomba sukarela yang bersama-sama memadam dan mengawal kebakaran," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. - Bernama

Posting Terkini