Pages

Wednesday, March 4, 2009

Mukhriz cadang kompromi dalam kemelut di Perak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, mencadangkan supaya kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya 'tidak adil' kepada rakyat negeri itu.

"Buat masa ini seolah-olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional (BN) dan pakatan DAP, Pas dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.

Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat 'sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan' untuk mentadbir negara dengan berkesan.

"Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak," katanya.

Mukhriz berkata, disebabkan kedua-dua pihak sudah membawa perkara itu kepada perhatian undang-undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah. - Bernama

2 comments:

Unknown said...

taktik la tu...

Pak Brahim said...

Dah terlambat...
hangpa yang kacau... hangpalah yang kena tanggung...

Seperti kata Datuk Rais Yatim semalam...
Kita pegang keris di tempat yang salah..
kita pegang disebelah mata dan mereka pegang disebelah ulu keris.

Kini masing-masing didalam gelanggang dan masing-masing telah mengistiharkan peperangan.

Ayuh berperanglah dengan memenuhi peraturan dan perlembagaan.

Kini jalan penyelesaianya hanyalah di tangan Paduka Sultan Perak. Jika baginda sultan sayangkan RAKYATNYA DAN NEGERINYA maka eloklah menyerahkan semula kepada rakyat untuk memilih siapa yang RAKYAT kehendaki untuk menerajui DEWAN RAKYAT.

KEPADA MAHKAMAH JUA RAKYAT KURANG KEYAKINAN.

Posting Terkini