Pages

Wednesday, March 4, 2009

MAHB kenal pasti tapak LCCT baru

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sudah mengenal pasti tapak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang baru, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Bashir Ahmad.

"Tapak pembinaan sudah pun dikenal pasti dan kami akan mengumumkannya pada masa yang sesuai," katanya pada taklimat media sempena lawatan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)di sini, hari ini.

Kerajaan baru-baru ini menolak cadangan AirAsia Bhd untuk membina lapangan terbang berharga RM1.6 bilion di Labu, Negeri Sembilan.

MAHB sudah ditugaskan untuk membina LCCT baru berhampiran terminal sedia ada di KLIA di Sepang. - Bernama

No comments:

Posting Terkini