Pages

Thursday, January 28, 2010

Sekilas - Dunia

Mantan peguam dakwa Perang Iraq tak sah

LONDON: Mantan peguam kanan British, Encik Michael Wood, memberitahu panel siasatan bebas kelmarin bahawa pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 adalah tidak sah serta menyalahi undang-undang.

Tujuan utama siasatan awam yang bermula November tahun lalu itu bagi menyiasat sama ada penglibatan Britain pimpinan mantan Perdana Menteri, Encik Tony Blair, dalam pencerobohan Iraq bersama sekutu rapatnya, Amerika Syarikat, adalah sah mengikut di sisi undang-undang.

Mereka yang menentang pencerobohan itu menggesa pihak berkuasa mengheret Encik Blair, yang akan tampil memberi keterangan Jumaat ini, ke muka pengadilan kerana telah melanggar undang-undang antarabangsa. -- AFP.

5 pegawai Taleban tidak lagi disenarai hitam

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengeluarkan nama lima pegawai tertinggi Taleban yang disyaki terbabit dalam rangkaian al-Qaeda daripada senarai sekatannya.

Tindakan itu susulan daripada pengumuman Presiden Afghanistan, Encik Hamid Karzai, yang berharap negara Barat akan menyokong usaha menawarkan wang dan pekerjaan kepada pejuang Taleban agar mereka meletakkan senjata. -- AFP.

Wanita kemuka seperlima kes cerai di Kuwait

MANAMA: Satu perlima daripada kes perceraian di Kuwait pada tahun lalu difailkan wanita.

Akhbar Awan melaporkan, 2009 mencatatkan rekod permohonan perceraian yang dikemukakan wanita paling tinggi apabila mencecah 20.3 peratus daripada 5,447 kes.

Seorang peguam berkata, kadar perceraian di Kuwait meningkat lebih 50 peratus dan ia terus bertambah. -- Agensi.


No comments:

Posting Terkini