Pages

Tuesday, April 21, 2009

Imej Najib terjejas.

Masyarakat antarabangsa memandang rendah terhadap Malaysia lantaran imej yang buruk terpalit pada perdana menteri baru, Dato' Seri Najib Razak.

Hal ini diakui sendiri oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

1 comment:

Laksamana Sunan said...

imej malaysia benar2 tercalar sekarang,besar kemungkinan negara eropah mahupun asia tidak akan datang melabur ke malaysia lagi atas alasan PM malaysia yang mengamalkan rasuah dan terpalit skandal kes bunuh.akhirnya rakyat jelata yang akan menjadi mangsa sedikit demi sedikit,ekonomi malaysia akan terus merudum tatkala ekonomi dunia sedikit berkembang.atas nama cita2 seorang lelaki untuk menjadi PM,berjuta2 rakyat malaysia yang menerima padahnya...FIKIR-FIKIRKAN...

Posting Terkini