Pages

Monday, January 11, 2010

RTM terima arahan lisan: Siarkan hanya hujah rasmi

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima arahan lisan agar berhati-hati ketika melaporkan berita pembakaran gereja yang dicetuskan lontaran bom petrol. RTM diarahkan supaya hanya memetik "hujah rasmi", malah dengan jelas dinyatakan agar tidak menyiarkan gambar gereja yang dibakar sebaik-baiknya.

"Sekiranya gambaran tersebut terpaksa disiarkan, maka dinasihatkan agar digunakan long shot atau gambaran sepintas lalu," MerdekaReview dimaklumkan sedemikian.

Sumber maklumat dalaman dari RTM memberitahu MerdekaReview, RTM menerima arahan agar berwaspada ketika melaporkan isu pembakaran gereja. Antara arahan yang diberikan termasuklah tidak melaporkan isu ini secara terperinci, malah hanya boleh memetik hujah rasmi.

Buletin bahasa Inggeris dan Mandarin TV2 hanya melaporkan hujah rasmi, dan langsung tidak memberi ruang kepada kenyataan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam buletin bahasa Inggeri TV2 yang disiarkan pada jam 7 petang, hanya hujah Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Rais Yatim dilaporkan dalam isu pembakaran gereja. Berita lanjut di sini

No comments:

Posting Terkini