Pages

Saturday, December 19, 2009

UCAPAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

MEMPERKUKUH PAKATAN RAKYAT

Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

OLEH: DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)


Apakah yang rakyat mahu?

Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

UCAPAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT
Anwar Ibrahim

Konsep Anak Malaysia Milikan Semua Rakyat Bermaruah Yang Cintai Keadilan, Kebebasan, Kebenaran, Kebajikan Dan Ketakwaan Kepada Tuhan.

Hari ini adalah hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanahair, satu gagasan yang kukuh, mantap, penuh berkobar-kobar dengan idealisma, prinsip dan menwakili aspirasi rakyat berbilang kaum, berbilang usia dan kedua-dua jantina ditubuhkan untuk menawar diri sebagai alternatif kepada pemerintahan negara.


Bukan senang kita sampai ke perjalanan ini yang penuh berliku-liku. Sepanjang 52 tahun ini, kita telah dikaburi mata dengan permainan politik pecah dan perintah, tipu dan temberang malah tindas dan tangkap. Rakyat terpaksa tunggu 52 tahun tetapi lebih baik sampai sungguhpun terlewat.

Ucapan Oleh Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama Di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor Pada 19.12.2009.

No comments:

Posting Terkini