SHAH ALAM, 22 Dis - Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Dewan Perniagaan Islam Malaysia menganjurkan Seminar Usahawan dan Dialog Ekonomi Selangor 2009 bagi memperkasa potensi usahawan tempatan.
Menampilkan Penasihat Ekonomi Negeri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku panel jemputan khas, seminar ini mengembangkan peluang perniagaan serta berkongsi maklumat terkini sektor perniagaan hari ini.
Seminar bertajuk ‘Membentuk Warga Bisnes Berintegriti’ di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam pagi tadi.
Antara kertas kerja lain pada seminar ini ialah ‘Kaya dan Bahagia Dengan Pengurusan Kewangan Efektif’- Rohani Datuk Mohd Sahir, ‘Menjana Pemasaran Bisnes Melalui Internet’- Mazlan Abas dan ‘Potensi Bisnes Hartanah Melalui Muafakat Harta’- Mohamad Sahar Mat Din.
Seramai 500 peserta dari pelbagai agensi mengambil bahagian dalam seminar setengah hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Negeri Meru, Dr Abd. Rani Osman dan Pengerusi DPIM, Md Shah Amin. - NIZAM
Tuesday, December 22, 2009
Seminar Usahawan Selangor 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment