SHAH ALAM, 22 Dis - Kerajaan Negeri Selangor prihatin dengan rungutan para peniaga kecil yang tidak berpuas hati dengan kadar sewa tapak pasar malam.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hassan Ali berkata kenaikan sewa tapak pasar malam berbeza mengikut nilai kawasan dan jenis perniagaan yang dijalankan.
Namun selepas mendengar rungutan para peniaga, kerajaan negeri merancang untuk merencana satu mekanisma bagi mengenal pasti para peniaga yang layak mendapat pengurangan sewa.
“Kita nak tengok rekod kewangan dia punya akaun kita nak tengok teman-teman yang berniaga setakat mana sebenarnya kalau misalnya dikatakan tempat itu memang mahal harganya, setakat mana membantutkan perniagaan mereka kerajaan negeri untuk pengetahuan tuan puan yang ada sekarang ini kalau kita katakan Merakyatkan Ekonomi setahu saya lah fikir kita tidak lain tidak bukan untuk kesejahteraan rakyat”, kata Datuk Hassan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan yang dikemukakan beberapa peserta pada Seminar Usahawan Selangor 2009 di Dewan Auditorium, MBSA, Shah Alam pagi tadi.
Kadar sewa tapak yang dikenakan PBT adalah RM200 ringgit berbanding RM100 ringgit sebelum ini.
Hassan Ali berkata, satu kajian menyeluruh perlu dijalankan di 12 PBT Selangor supaya kadar sewa dapat diselaras mengikut kemampuan dan nilai semasa.
“Kalau misalnya didapati katakanlah kajian semula dibuat, memang didapati hasil daripada ekonomi baru nak bangun, kita dapati membebankan, saya fikir tidak ada masalah untuk dibawakan satu kertas untuk dibincangkan”, tegasnya.
Tambahan pula, Kerajaan Pakatan Rakyat cuba mengurangkan kerenah birokrasi dengan mempercepatkan sesuatu permohonan mengikut KPI yang lebih efisien berbanding pentadbiran terdahulu.
“Perkara-perkara yang melibatkan birokrasi dan sebagainya Insya Allah yang melibatkan peniaga-peniaga seperti saudara ni biasanya saya nampak sekarang ini pergerakkannya lebih efisien, pergerakkannya lebih cepat sekarang ni”, jelas Datuk Hassan lagi. - NIZAM
Tuesday, December 22, 2009
Selangor Prihatin Rungutan Peniaga Pasar Malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment