PULAU PINANG. 22 Disember - Projek pembinaan Penang Heritage Hotel (PHH) Sdn. Bhd yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu bakal dimajukan semula setelah Penang Development Corporation (PDC) menandatangani perjanjian usahasama dengan pemaju YTL Hotel & Properties Sdn Bhd.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun cadangan untuk membangunkan projek asalah digantikan dengan pembinaan pangsapuri mewah dalam usaha meningkatkan daya maju projek itu.
“Seperti banyak perkara sebelum ini, projek ini tidak berjalan dan apabila kerajaan baru ambil alih perkara ini telah dibangkitkan berkali-kali khususnya oleh pakar UNESCO yang melawat Georgetown mereka selalu bertanyakan kepada saya apakah terjadi kepada projek-projek yang nyata tidak ada pembaharuan yang dibuat,”katanya.
Perjanjian usahasama sebelum ini yang ditandatangani pada 22 April 1996 dengan tujuan asal untuk pembangunan sebuah hotel warisan, ruang perniagaan dan pangsapuri servis terpaksa ditangguhkan berikutan kemelesatan ekonomi pada tahun 1990-an.
Kerajaan negeri bersetuju menukar jenis pembangunan projek berkenaan atas permintaan PHH dengan menetapkan tiga syarat iaitu ketinggian bangunan mesti mengikut garis panduan warisan UNESCO dan tidak melebihi 5 tingkat.
“Kita cuba menghidupkan kembali projek ini dan selepas perbincangan maka kita telah bersetuju supaya semua hak-hak pihak yang terlibat dapat dijaga baik kerajaan negeri menerusi PDC mahupun YTL Hotel & Properties Sdn Bhd,” katanya.
Semua kos pertukaran syarat nyata tanah dan bayaran premi pegangan hak milik kekal mesti ditanggung oleh YTL H&P yang melebihi RM8.2 juta.
Cadangan pelan pembangunan bagi projek ini mengandungi tiga blok 36 unit rumah pangsapuri mewah 6 tingkat termasuk 1 tingkat basement, sebuah rumah kelab dan restoran.
Pembangunan tersebut juga dilihat oleh pihak kerajaan negeri sebagai satu projek yang amat berpotensi memandangkan ianya terletak dalam lingkunag tapak warisan dunia Unesco.
Tuesday, December 22, 2009
Penang Heritage Hotel Dimajukan Setelah Terbengkalai 8 Tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment