Pages

Saturday, November 21, 2009

15 maut, 114 terperangkap letupan lombong di China

BEIJING: Seramai 15 pekerja maut manakala 114 lagi masih terperangkap akibat gas meletup dalam lombong di utara China, hari ini.

Stesen televisyen CCTV melaporkan, kejadian berlaku jam 2.30 pagi waktu tempatan (1830 GMT) di sebuah lombong di Wilayah Heilongjiang.

Syarikat perlombongan terbabit mengesahkan, ketika kejadian 528 pekerja lombong berkerja di dalam lombong yang terletak 10 kilometer dari Bandar Hegang.

Agensi berita Xinhua pula melaporkan, 139 pekerja lombong dipercayai terperangkap. - AFP


No comments:

Posting Terkini