Pages

Wednesday, October 14, 2009

Sekilas - Dunia

PM Britain diarah kembalikan wang

LONDON: Perdana Menteri Gordon Brown diperintahkan membayar balik wang perbelanjaan Parlimen berikutan kajian semula ke atas skandal tuntutan yang mencetuskan krisis politik Britain.

Encik Brown akan membayar sejumlah £12,415.10 ($27,363) atas tuntutannya bagi membayar perkhidmatan pekebun, pembersihan dan penyelenggaraan di rumah keduanya selepas had baru ke atas elaun anggota Parlimen dilaksanakan.

Pejabatnya, bagaimanapun, bertegas bahawa beliau tidak melanggar sebarang peraturan tetapi menyatakan akan mematuhi peraturan baru ini. -- AFP.

Tidur lena sedang rumah terbakar

PITTSBURGH (Amerika Syarikat): Seorang lelaki tidur lena ketika rumahnya terbakar dan sebahagian daripada bumbung rumah itu runtuh, kelmarin.

Tidak ada sesiapa menyedari lelaki itu berada di rumah itu hinggalah anggota bomba memeriksa kawasan rumah selepas api berjaya dikawal dua jam selepas ia cuba dipadamkan.

Ketua Bomba daerah Ross, John Reubi, terkejut kerana ada orang terselamat. -- AP.

Syria larang rokok di tempat awam

DAMSYIK: Presiden Syria telah mengeluarkan perintah larangan merokok di kawasan awam, seperti yang telah dilakukan di beberapa negara Arab lain.

Presiden Encik Bashar Assad berkata, merokok kini diharamkan di restoran, kafe, institusi pendidikan, acara rasmi dan di dalam pengangkutan awam.

Larangan itu termasuklah bayaran denda sebanyak 2,000 paun Syria ($60) kepada mereka yang didapati melanggar peraturan tersebut.

Mesir, Lebanon dan Iraq turut telah melaksanakan larangan tersebut. -- AP.

No comments:

Posting Terkini