Pages

Wednesday, October 14, 2009

AS guna sofwe cam wajah tangkap penjenayah

RALEIGH (Amerika Syarikat): Dalam mencari orang buruan, Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat mula menggunakan teknologi mengecam wajah ke atas jutaan pemandu di negara itu.

Teknologi itu membanding gambar lesen memandu dengan gambar pesalah dengan mengukur lebar dagu dan saiz hidung.

Projek di North Carolina itu sejauh ini berhasil menangkap seorang suspek.

Awal tahun ini, pegawai penyiasat mendapat tahu bahawa seorang suspek pembunuhan berkembar iaitu Rodolfo Corrales telah berpindah ke North Carolina.

FBI mengambil gambar tangkapan 1991 dari California dan membandingkannya dengan 30 juta gambar yang disimpan agensi kenderaan bermotor di Raleigh.

Dalam masa beberapa saat, mereka memperolehi puluhan pemandu yang menyerupai Corrales.

Seorang penganalisis FBI kemudian menyemak gambar-gambar itu sebelum memberi tumpuan kepada seorang lelaki yang menggelar dirinya Jose Solis.

Seminggu selepas mengesahkan pengenalan Corrales, FBI menangkapnya di High Point, di barat daya Greensboro, tempat dia dipercayai memulakan hidup baru dengan nama samaran.

Projek di North Carolina itu adalah langkah pertama sebelum FBI meluaskan penggunaan teknologi itu ke seluruh Amerika. -- AP.

No comments:

Posting Terkini