LONDON: Britain dilabel sebagai negara paling teruk untuk didiami meskipun menawarkan gaji paling lumayan.
Pendapatan lumayan di Britain tidak bermakna akibat masa kerja yang terlalu panjang, cuti tahunan yang terlalu sedikit, harga makanan dan minyak yang tinggi dan sinaran matahari yang terlalu kurang.
Penyelidik membandingkan 10 negara utama Eropah, termasuk Perancis, Sepanyol, Jerman, Italy, Sweden dan Poland.
Kaji selidik Indeks Kehidupan Berkualiti Eropah mendapati masyarakat Britain meraih pendapatan tahunan selepas cukai sekitar £pounds;37,600 ($82,886).
Ini £pounds;9,916 lebih tinggi berbanding pendapatan purata di Eropah. Namun, kelebihan itu dibelanjakan bagi membiayai dan memanaskan rumah dan makanan.
Kaji selidik yang mengambil kira 17 aspek kualiti hidup itu meletakkan Britain di tangga terbawah, manakala Ireland berada di tempat kedua terakhir.
Perancis dan Sepanyol pula memiliki kualiti hidup terbaik.
Masyarakat Britain turut bekerja tiga tahun lebih lama dan meninggal dunia dua tahun lebih awal berbanding penduduk Perancis.
Orang Britain dijangka hidup hingga 78.9 tahun, lebih rendah berbanding Perancis yang memiliki purata 80.9 tahun.
Pekerja di Britain juga kurang cuti tahunan, hanya 28 hari berbanding 41 hari di Sepanyol. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment