Pages

Saturday, July 11, 2009

Sekilas - Dunia

G8 beri Iran tempoh

L'AQUILA (Italy): Negara-negara kuasa besar dalam Kumpulan Lapan (G8) memberi tempoh sehingga September ini kepada Iran untuk membincangkan isu program nuklear Teheran, kata Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy.

Bercakap selepas perbincangan dengan para pemimpin G8, Encik Sarkozy berkata pemimpin dunia akan meninjau semula keadaan di Iran pada pertemuan G20 di Pittsburgh pada 24 dan 25 September ini. -- Reuters.

Bot pendatang tak karam

SYDNEY: Menteri Luar Australia, Encik Stephen Smith, berkata bot yang membawa 70 pendatang yang hilang dan dikatakan karam sebelum ini ditemui di kawasan perairan Indonesia dengan semuanya dalam keadaan selamat.

Beliau mengesahkan bahawa polis Australia sebelum ini telah memaklumkan kepada Indonesia mengenai bot tersebut. -- AFP.

Doktor nafi beri dadah

LOS ANGELES: Seorang doktor yang terlibat dalam siasatan kematian Michael Jackson kelmarin menafikan memberi dadah merbahaya sehingga membawa kepada kematian Raja Pop itu.

Dr Arnold Klein berkata beliau pernah memberi Jackson ubat pelega kesakitan, Demerol.

Menurutnya, beliau mendapat tahu Jackson memakan ubat sedatif, Diprivan, semasa penyanyi itu melawat Jerman dan telah memberi amaran kepadanya. -- AP.

No comments:

Posting Terkini