Pages

Wednesday, March 18, 2009

$EKILA$ - EKONIAGA

PENUMPANG, MUATAN KARGO SIA JUNAM:

Jumlah penumpang dan muatan kargo yang menggunakan pesawat Singapore Airlines (SIA) menjunam bulan lalu setelah kemelesetan menjejas sektor pelancongan dunia.

Seramai 1.18 juta penumpang menggunakan SIA bulan lalu - merosot 20.2 peratus berbanding Februari tahun lalu.

Jumlah kargo pula susut sebanyak 16.9 peratus dan hanya 56.7 peratus ruang kargo pesawat SIA terisi.

Menurut SIA, Eropah mencatatkan kemerosotan terbesar dari segi jumlah penumpang dan kargo.

'Krisis ekonomi sejagat telah melemahkan permintaan pelancongan,' menurut kenyataan SIA.

BONUS AIG BUAT OBAMA MARAH:

Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, melahirkan rasa marah dan berikrar akan menghentikan syarikat insurans American International Group (AIG) daripada memberi bonus sebanyak AS$165 juta ($254 juta) setelah AIG mengambil duit 'pembayar cukai' sebanyak AS$170 bilion untuk menyelamatkan institusi itu.

Beliau mengarahkan Setiausaha Kewangannya, Encik Timothy Geithner, mencari jalan menghentikan pengagihan bonus itu.

'Ini bukan soal dolar atau sen. Ia adalah soal nilai asas,' kata Encik Obama ditukil Associated Press.

PEMBERHENTIAN KERJA DI MALAYSIA:

Sejumlah 40,000 hingga 50,000 pekerja dijangka diberhentikan di Malaysia tahun ini setelah para pengilang mengurangkan pengeluaran mereka dalam krisis kewangan ini.

Tetapi, jumlah pemberhentian pekerjaan itu dijangka tidak seburuk krisis kewangan Asia pada 1997/1998 apabila 84,000 pekerjaan terhapus, menurut Naib Pengarah Tenaga Buruh di Kementerian Tenaga Manusia Malaysia, Encik Sheikh Yahya Sheikh Mohamed, kepada Reuters. Sebanyak 26,000 pekerja sudah pun diberhentikan sejak September tahun lalu.

No comments:

Posting Terkini