Pages

Tuesday, March 3, 2009

SEKILAS - DUNIA dan MALAYSIAKINI

Uranium Iran cukup buat bom

WASHINGTON: Iran mempunyai cukup bahan uranium untuk membuat bom nuklear, kata pegawai kanan tentera Amerika Syarikat, Laksamana Mike Mullen, Ahad lalu.

'Kami rasa mereka memilikinya. Jika Iran mempunyai senjata nuklear, ia sangat buruk bagi rantau itu dan seluruh dunia,' kata beliau kepada CNN.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata Teheran kini mempunyai 1,010 kilogram uranium heksafluorid dari loji nuklearnya di Natanz. -- AFP.

Korban dendam kini tujuh orang

COTABATO: Angka korban pembunuhan balas dendam berhubung soal tanah di selatan Filipina mencapai tujuh orang, menurut laporan.

Kira-kira 38 keluarga melarikan diri dari kampung Sibuano, di Cotabato Selatan, menyusuli perkelahian penduduk peribumi dan Kristian, kata pengarah Palang Merah setempat, Encik Remegio Roxas.

Enam penduduk dibunuh kumpulan bersenjata pada 26 Februari lalu. -- Agensi.

Poligami: Indon lebih tegas

JAKARTA: Lelaki yang berkahwin dua, tiga atau empat tanpa kebenaran isteri mereka di Indonesia boleh dikenakan hukuman penjara di bawah undang-undang baru mengawal poligami.

'Pasangan mesti mendaftar perkahwinan di depan pegawai rasmi. Jika tidak, mereka boleh dihukum tiga bulan penjara dan denda sehingga lima juta rupiah ($645),' kata pegawai Kementerian Agama, Encik Muctar Ilyas. -- AFP.

Cari Thaksin habis-habisan

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, semalam berikrar akan 'menggunakan semua cara' bagi mendapatkan ekstradisi mantan Perdana Menteri, Encik Thaksin Shinawatra.

Encik Thaksin seharusnya menjalani hukuman dua tahun penjara. -- AFP.

Polis siasat kes fitnah Ketua Pesuruhjaya

PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berikutan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata bahawa siasatan terhadap Datuk Ahmad Said dibuat menurut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

'Kita membuka kertas siasatan berikutan laporan polis yang diterima dan siasatan lanjut berhubung laporan sedang dijalankan,' katanya. -- Bernama.

PERSIDANGAN LULUS USUL BUBAR DUN PERAK

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang diadakan di lapangan tempat letak kereta berhampiran Bangunan Dewan Undangan Negeri telah dengan sebulat suara meluluskan dua usul tergempar.

1. Usul percaya kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jalamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

2. Usul memohon Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. -- Kerajaan Rakyat

No comments:

Posting Terkini