Pages

Tuesday, March 3, 2009

Umno digesa tangguh pemilihan, selesai kes rasuah politik

PETALING JAYA: Dua ahli Umno hari ini menggesa supaya perhimpunan agung parti itu ditunda supaya kes-kes rasuah politik dalam parti dapat diselesaikan.

Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun bersedia mendapatkan injuksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung yang akan berlangsung hujung Mac ini.

Mazlan berkata, mereka sedia berhadapan dengan tindakan tata tertib daripada parti berikutan tindakan mereka itu.

"Kita menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguh supaya tindakan dapat diambil untuk menyelesaikan laporan yang dikemukakan berhubung politik wang sama ada kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau pun kepada Lembaga Disiplin," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

No comments:

Posting Terkini