Pages

Tuesday, March 3, 2009

$EKILA$ - EKONIAGA

UNTUNG BERSIH HSBC JATUH 70 PERATUS: Bank terbesar Eropah berdasarkan nilai pasaran, HSBC, mencatatkan keuntungan bersih yang merosot 70 peratus kepada AS$5.7 bilion ($8.85 bilion) tahun lalu berbanding AS$19.1 bilion tempoh sama setahun lalu apabila krisis kewangan sejagat semakin meruncing.

Ia juga akan membuang 6,100 pekerja di Amerika, kata syarikat itu dalam kenyataannya. Bagi mengumpulkan dana bagi bank yang tidak meminta bantuan pemerintah Amerika itu, ia akan menawarkan saham baru bernilai AS$17.7 bilion.

KEMUDAHAN BARU ZUELLIG PHARMA DI SINI: Industri farmaseutikal Singapura menerima rangsangan baru apabila syarikat Zuellig Pharma membuka sebuah kemudahan pengedaran di sini. Kemudahan itu dipertingkat dengan pelaburan bernilai $40 juta di Changi, yang juga akan berfungsi sebagai ibu pejabat serantau bagi kumpulan huraian khas itu.

AIG TERIMA DANA TAMBAHAN AS$40 BILLION: Pemerintah Amerika Syarikat akan menyuntik dana tambahan AS$40 bilion ($62 bilion) ke dalam firma American International Group Inc (AIG). Ini sedang syarikat insurans bermasalah itu bersiap sedia melaporkan kerugian terbesar yang pernah dialami dalam sejarah serta bergelut menjual asetnya.

Menurut dua sumber terdekat, Lembaga AIG telah meluluskan pakej penyelamat baru yang juga termasuk peraturan lebih longgar berhubung pelaburan pemerintah dalam bentuk saham istimewa dan kadar faedah lebih rendah bagi pinjaman kredit pemerintah.

JUALAN AUTOMOBIL BARU MEROSOT DI JEPUN: Kadar penjualan automobil baru di Jepun menjunam 32.4 peratus bulan lalu berbanding tahun sebelumnya di tengah-tengah kemelesetan paling buruk yang melanda ekonomi terbesar Asia itu.

Persatuan Pengedar Automobil Jepun berkata, kadar penjualan Februari merosot kepada 218,212 berbanding 322,613 pada tempoh sama tahun lalu.

No comments:

Posting Terkini