Pages

Monday, July 20, 2009

Datuk Seri S. Samy Vellu sudah takut

SEREMBAN, 19 Julai (Bernama) -- Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kelahiran terlalu banyak parti kaum India boleh menyebabkan masyarakat itu berpecah.

Katanya, beliau memandang berat perkara ini dan meminta kerajaan supaya berhati-hati ketika memberikan kelulusan kepada parti-parti politik berkenaan.

Pada hari ini terdapat enam parti kaum India iaitu MIC, Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), Malaysia Indian United Party, Makhal Sakti, Mindraf, dan Parti Hak Asasi Manusia.

Samy Vellu akui bahawa parti itu telah menyebabkan sebahagian kecil dari orang India marah dengan dakwaan bahawa MIC tidak menjaga kepentingan orang India yang bermasalah.

Akibatnya kira-kira 40 peratus sokongan kaum India telah beralih kepada pembangkang pada 2008 dahulu, katanya.

No comments:

Posting Terkini