Pages

Wednesday, April 15, 2009

Thailand mansuhkan pasport antarabangsa Thaksin

BANGKOK: Kerajaan Thailand hari ini membatalkan pasport antarabangsa bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra kerana menjadi dalang mempengaruhi penunjuk perasaan mengadakan bantahan pada Sidang Kemuncak Asean.

Jurucakap kerajaan dalam kenyataannya hari ini berkata, akibat kejadian rusuhan itu, ketua dan pemimpin kerajaan Asia terpaksa meninggalkan sidang itu di Pattaya dengan helikopter, Sabtu lalu selepas bimbang keselamatan mereka.

Katanya, tindakan penyokong pro Thaksin itu jelas memalukan kerajaan di peringkat antarabangsa.

"Dengan itu, Kementerian Luar membatalkan pasportnya (Thaksin)," kata jurucakap kerajaan, Panitan Wattanayagorn.

Beliau berkata pembatalan dibuat mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada kementerian iaitu membatal atau merampas pasport seseorang sekiranya ia terbukti membawa kerosakan kepada negara. - AFP

No comments:

Posting Terkini