Pages

Monday, April 13, 2009

SEKILAS - MALAYSIA

Terjun sungai tapi ada buaya

KUCHING: Seorang penjenayah yang cuba melarikan diri daripada polis dengan terjun ke sungai terpaksa naik semula ke darat selepas diberitahu orang ramai ada buaya sedang berenang ke arahnya.

Dia termasuk dua lelaki tempatan berusia 22 dan 27 tahun yang cuba mencuri sebuah kereta pacuan empat roda dekat Lorong Bayor Bukit, Tabuan Jaya, di sini, kelmarin.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan polis dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuching untuk disoal. -- BMM.

Lagi ditahan kes rusuhan Piala FA

KOTA BARU: Polis telah menahan enam orang lagi, termasuk empat pelajar, bagi membantu siasatan berhubung rusuhan semasa perlawanan bola Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV minggu lepas, yang menyebabkan seorang pelajar buta mata kanan akibat terkena peluru gas pemedih mata.

Ketua polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata lelaki-lelaki berusia antara 15 dengan 32 tahun itu, diberkas Sabtu lalu.

'Sejauh ini sembilan orang sudah ditangkap, termasuk tiga pada hari kejadian,' kata beliau semalam. -- Sunday Star.

Pengurus firma antara suspek

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus firma pengawal keselamatan dan tiga pengawal adalah antara enam orang yang ditahan berhubung kes kehilangan RM3 juta ($1.26 juta) yang sepatutnya dihantar kepada beberapa bank pada Januari lalu.

Suspek berkenaan dalam lingkungan umur 30 dan 45 tahun itu ditahan di pejabat firma itu di Batu Pahat Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ibrahim Aris, semalam. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini