Pages

Saturday, April 25, 2009

SEKILAS - DUNIA

Lima maut dalam letupan jip

PATNA: Penyerang disyaki gerila komunis meletupkan sebuah jip membawa pegawai pilihan raya di wilayah Bihar, timur India, menyebabkan lima orang terkorban kelmarin.

Empat pegawai polis dan seorang pegawai pilihan raya terkorban, manakala pemandunya dimasukkan ke hospital akibat cedera parah, di daerah Muzzafarpur, 75 kilometer ke timur Patna, ibu kota Bihar, kata jurucakap polis,Encik Neelmani. -- AP.

Dua didakwa hina agama

YANGON: Dua anggota Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang dipimpin Cik Aung San Suu Kyi diberkas dan didakwa menghina agama selepas berdoa bagi pembebasan tahanan politik.

Jurucakap NLD, Encik Nyan Win, semalam berkata pihak berkuasa menahan timbalan pengerusi NLD, Encik Chit Pe, dan anggota parti, Encik Aung Saw Wei, di Twante Selasa lalu, kerana berdoa di sebuah pagoda di sana. Mereka boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara. -- AP.

Pelampau agama ditangkap

JAKARTA: Seorang pelampau yang dituduh membunuh seorang profesor beragama Kristian pada 2004 telah ditahan di Sulawesi Selatan.

Jurucakap polis, Encik Abubakar Nataprawira, semalam berkata bahawa Amirullah, 30 tahun, yang dikenali juga sebagai Kana, ditangkap di Sulawesi Selatan Isnin lalu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini