Pages

Saturday, April 18, 2009

SEKILAS - DUNIA

Sedia bincang dengan AS

CUMANA (Venezuela): Presiden Cuba, Encik Raul Castro, berkata pemerintah beliau sedia berbincang 'apa saja' dengan Washington, termasuk hak asasi manusia, tahanan politik dan kebebasan media.

Beliau berkata demikian dalam sidang puncak anjuran Presiden Venezuela, Encik Hugo Chavez, selepas Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, berkata, dalam sidang sama, beliau mahu Havana mengambil langkah seterusnya bagi membaiki hubungan Amerika-Cuba. -- AP.

Dituduh dalangi skim piramid

SHANGHAI: Seorang wanita 28 tahun, antara 100 rakyat China paling kaya, dituduh mengendali skim piramid bernilai 390 juta yuan ($85 juta).

Wu Ying menghadapi hukuman mati jika bersalah, lapor media semalam. -- AFP.

Arroyo gesa bebas Suu Kyi

MANILA: Presiden Filipina, Cik Gloria Arroyo, menggesa junta tentera Myanmar membebaskan pemimpin prodemokrasi, Cik Aung San Suu Kyi, apabila tempoh tahanannya luput bulan depan.

Beliau membuat gesaan itu kepada Perdana Menteri Myanmar, Jeneral Thein Sein, di sidang puncak Asean di Thailand minggu lalu. -- AP.

No comments:

Posting Terkini