Pages

Monday, April 6, 2009

KIBLAT 200 MASJID DI MAKKAH SILAP SEJAK BERDEKAD

RIYADH: Jemaah di sekitar 200 masjid di Makkah bersolat tidak menghadap kiblat selama beberapa dekad disebabkan masjid-masjid itu dibina dengan arah tidak betul, lapor sebuah akhbar Arab Saudi semalam.

Masjid-masjid itu tidak dibina menghala ke Kaabah, yang berada di Masjidil Haram, menurut laporan Saudi Gazette itu.

Kesilapan itu disedari hanya selepas masjid-masjid lama itu, ada dibina lebih 50 tahun dulu, dilihat dari atas bangunan pencakar langit yang sedang dibina di Makkah, kata laporan itu.

Menurut akhbar Al-Hayat pula, Timbalan Setiausaha Kementerian Ehwal Islam, Encik Tawfik al-Sudairy, tidak mahu membesar-besarkan masalah itu.

'Tidak ada kesilapan besar. Pembetulan sudah dibuat bagi sesetengah masjid lama itu dengan bantuan teknik moden. Bagaimanapun, hal itu tidak menjejas solat mereka,' Encik Sudairy ditukil akhbar itu Sabtu lalu.

Penduduk Makkah dan pakar-pakar menyarankan masjid terjejas memasang tanda arah kiblat betul atau mengatur sejadah mereka menghala ke Kaabah, kata Saudi Gazette.

Saranan lain termasuk pemancar laser dipasang pada menara Masjidil Haram bagi membantu masjid lain mengetahui arah kiblat betul. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini