Pages

Friday, April 10, 2009

City malap ketika kelab Jerman menyinar

PARIS: Jerman merayakan kemenangan berganda dalam suku akhir Piala UEFA ketika kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City hampir terkeluar dalam persaingan di Eropah itu.

City tewas 3-1 kepada Hamburg walaupun mendahului hanya selepas 35 saat.

Saingan Bundesliga Hamburg, Werder Bremen, turut mengintai tempat di separuh akhir selepas menewaskan kelab Itali, Uinese, 3-1, di tempat sendiri.

Kelab Ukraine turut cemerlang dalam saingan dengan kelab Perancis apabil Shakhtar Donetsk mengatasi bekas juara Marseille 2-0 di tempat sendiri manakala Dynamo Kiev seri 0-0 di Paris Saint Germain. - AFP

No comments:

Posting Terkini