Pages

Sunday, April 5, 2009

Button juara F1 Malaysia

PEMANDU pasukan Brawn GP, Jenson Button muncul juara Formula Satu (F1) Petronas Malaysian Grand Prix 2009.

SEPANG: Juara Grand Prix Australia, Jenson Button, meneruskan kisah hebat Brawn GP apabila diisytihar pemenang perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia yang terpaksa dihentikan pada pusingan ke-32 akibat hujan ribut di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi.

Nick Heidfeld dari pasukan BMW Sauber dan Timo Glock dari pasukan Panasonic Toyota Racing pula masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Selepas dilanda hujan lebat dan ribut petir, pihak FIA mengambil kira keputusan setakat 32 pusingan daripada 56 pusingan sepatutnya.

No comments:

Posting Terkini