Pages

Sunday, April 19, 2009

Agong, Permaisuri tiba di Chile

KETIBAAN DIRAJA. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turun daripada sebuah pesawat yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Santiago, pagi ini waktu tempatan. Yang di-Pertuan Agong akan berada di Chile selama lima hari bertujuan memperkukuh hubungan dua hala. Kelihatan Tuanku Mizan (tengah), ditemani, Pengarah Majlis Protokol Kementerian Luar Negara Chile, Papricio Becker (kanan) manakala Duta Malaysia ke Chile, Abdullah Faiz Mohd Zain mengiringi Raja Permaisuri Agong. - Foto Bernama

SANTIAGO (Chile): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, tiba di sini untuk melakukan lawatan lima hari ke Chile.

Pesawat khas yang membawa pasangan diraja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Santiago pada jam 2.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia).

Seri Paduka berdua disambut oleh Pengarah Jabatan Istiadat dan Protokol Kementerian Luar Chile, Papricio Becker; Duta Besar Chile ke Malaysia, Hose Menuel; dan Duta Besar Malaysia ke Chile, Abdullah Faiz Mohd Zain.

Seri Paduka diiringi oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku menteri pengiring.

Chile dan Malaysia mempunyai ikatan dua hala akrab dengan menikmati hubungan perdagangan yang baik dan menggalakkan.

Tahun lalu, perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah AS$336 juta, dengan eksport Malaysia ke Chile berjumlah AS$186.8 juta sementara import AS$148.7 juta.

Semasa lawatan itu, Yang di-Pertuan Agong akan mengujungi beberapa tempat menarik di bandaraya itu, termasuk Istana Consistorial, Muzium Seni Pra-Columbia dan Galleria Haiwan.

Seri Paduka dijadual menerima kunci bandaraya daripada Datuk Bandar Santiago, Pablo Zalaquett Said.

Esok, Tuanku Mizan dijadual menghadiri majlis sambutan rasmi di Constitution Square (Medan Perlembagaan), sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Chile, Michele Bachelet. - Bernama

No comments:

Posting Terkini