Pages

Thursday, March 12, 2009

‘Teliti Belian Mercedes Hampir RM2.5j’

SHAH ALAM, 12 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Shaari Sungib hari ini meminta Dato’ Menteri Besar membuat penelitian terhadap Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung pembelian dua buah kereta Mercedes untuk kegunaan Pengerusi serta Presiden Eksekutifnya sebelum pilihan raya umum tahun lalu.

Shaari ketika mendedahkan perkara itu berkata beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 diadakan, KDEB yang juga anak syarikat kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk membeli dua buah kereta bernilai hampir RM2.5 juta iaitu Mercedes S500 dan Mercedes S350 masing-masing berharga RM1.5 juta dan RM900,000.

Katanya, bayaran pendahuluan sebanyak RM1 juta kepada syarikat Cycle & Carriage telah dibuat namun selepas pilihan raya yang menyaksikan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri, wang berkenaan tidak diketahui ke mana disalurkan dan kereta pula tidak sampai.

“Persoalan kita bagaimanakah keputusan ini boleh dibuat. Saya meminta jasa baik Yang Amat Berhormat Ijok (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk meneliti kes ini agar hak rakyat tidak dicuaikan begitu sahaja,” katanya ketika membahaskan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Selangor, di sini hari ini.

Tambahnya, KDEB turut mempunyai pegangan 51 peratus ke atas sebuah syarikat pemaju tanah, yang telah membeli sebuah kereta Range Rover bernilai RM500,000 untuk kegunaan syarikat membuat lawatan tapak.

“Tetapi sebaik sahaja kereta itu sampai, kereta itu telah diberi guna pakai kepada isteri Pengerusi KDEB,” katanya.

Beliau mempersoalkan bagaimana urus tadbir korporat sedemikian boleh berlaku di dalam anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

2 comments:

Mazri said...

Ntah marah orang pakai Camry yang dia pakai mez takpa la pulak. Apa daa.

http://notobn.blogspot.com

Anonymous said...

Di mana Khir Toyo nak menyorok ni... makin dia kacau makin banyak tembelang pecah.

Posting Terkini