Pages

Thursday, March 12, 2009

6 Daripada 9 Syarikat yang bernaung di bawah Menteri Besar Selangor Inc Untung

SHAH ALAM, 12 Mac – Dato’ Menteri Besar Selangor berkata enam daripada sembilan buah syarikat yang bernaung di bawah Menteri Besar Inc (MB Inc) mencatatkan keuntungan, berdasarkan kepada penyata kewangan belum diaudit bagi tahun kewangan 2008.

Menurutnya, enam syarikat yang mencatatkan keuntungan tersebut ialah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM27.8 juta, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebanyak RM19.2 juta dan Selangor State Investment Centre (SSIC) Berhad sebanyak RM1.1 juta.

“Manakala Pendidikan Industri Yayasan Selangor Berhad pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM6.1 juta, MSNS Holdings Sdn Bhd (RM246,654) sementara Kumpulan Semesta Sdn Bhd pula sebanyak RM2.5 juta,” katanya ketika menjawab pertanyaan Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini pagi tadi.

Menurutnya, daripada sembilan buah syarikat itu, tiga daripadanya telah mencatatkan kerugian.

“Berdasarkan kepada penyata kewangan belum diaudit, tiga syarikat lagi menunjukkan kerugian iaitu Rantaian Mesra Sdn Bhd (RM151,240), Tourism Selangor Sdn Bhd (RM35,038) dan Bukit Beruntung Golf & Country Resort Bhd (RM186,219),”katanya.

Menurut Abdul Khalid, walaupun tidak banyak syarikat di bawah MB Inc mengalami kerugian, namun katanya jika masih berterusan selama tiga tahun Lembaga Pengarah perlu membuat keputusan sama ada meneruskan operasi atau menutup syarikat tersebut.

No comments:

Posting Terkini