Pages

Saturday, March 28, 2009

SEKILAS - DUNIA

Tembakan Israel 'jenayah perang'

BAITULMAKDIS: Israel melepaskan tembakan menggunakan peluru belerang putih secara sewenang-wenang di kawasan yang padat penduduk semasa Perang Gaza, kata badan hak asasi Human Rights Watch (HRW) dalam laporannya kelmarin.

HRW menyifatkan tindakan Israel itu satu jenayah perang dan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya melancarkan siasatan terhadap salah laku Israel dan Hamas semasa perang selama tiga minggu itu.

Namun, dakwaan itu dinafikan Israel. 'Dakwaan bahawa peluru asap digunakan sewenang-wenang dan membahayakan penduduk tidak berasas,' kata satu kenyataan tentera Israel. -- AP.

Larangan ke atas pendakwah Islam

NIAMEY: Niger melarang pendakwah beragama Islam daripada muncul di udara atau berceramah di khalayak ramai bagi mencegah 'pertelagahan' antara pengikut berlainan mazhab, demikian diumumkan Kementerian Ehwal Agama kelmarin.

'Ada pendakwa atau penceramah yang mencela sesama sendiri atau mengeluarkan pandangan yang boleh menggugat keharmonian antara pengikut mazhab yang berlainan,' kata Menteri Ehwal Agama, Encik Issaka Labo.

Persatuan Islam pada masa akan datang dikehendaki mendapatkan kebenaran untuk memberi ceramah di tempat awam, katanya. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini