Pages

Saturday, March 7, 2009

Sekilas Dunia dan Malaysiakini

Sri Lanka rayu warga tinggalkan zon perang

COLOMBO: Pemerintah Sri Lanka semalam merayu kepada berpuluh-puluh ribu penduduk setempat agar meninggalkan zon perang di wilayah utara negara itu.

Golongan itu dikatakan terperangkap bersama gerila Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang sedang dikepung oleh pasukan keselamatan Sri Lanka.

Pemerintah berkata ia akan menyediakan dua laluan bagi membolehkan penduduk meninggalkan zon itu dengan selamat. -- AP.

Bina jalan agar ada peluang berkahwin

NEW DELHI: Lebih 100 penduduk sebuah kampung di Bihar yang masih bujang bekerja keras membina jalan sepanjang enam kilometer bagi mencerahkan peluang berkahwin.

Kampung Barwaan Kala, di barat Bihar, terletak di kawasan bukit Kaimur dan dikenali sebagai 'kampung orang yang tidak berkahwin'.

Kira-kira 121 penduduk kampung berusia antara 16 dengan 80 tahun masih bujang disebabkan kedudukan kampung yang terpencil dengan perkahwinan terakhir dilaporkan dilangsungkan 50 tahun lalu. -- Agensi.

Ditahan kerana ketawa sambil memandu

LIVERPOOL: Seorang pemandu kereta kebingungan apabila diarah berhenti oleh pegawai polis dan bertanya mengapa beliau ketawa sambil memandu.

Gary Saunders menggunakan telefon bebas tangan apabila ketawa mendengar jenaka abang iparnya di telefon.

Apabila keretanya ditahan, seorang pegawai polis berkata: 'Ketawa sambil memandu boleh menjadi satu kesalahan.' - Agensi.

Bateri telefon bimbit dirampas dek ganggu polis

FRANKFURT: Polis di banda raya ini terpaksa merampas bateri telefon bimbit milik seorang wanita selepas dia dikatakan menghubungi polis lebih 100 kali sehari untuk meminta nasihat cara mencari suami baru.

Wanita yang baru bercerai dengan suaminya itu memberitahu polis beliau kesunyian dan tidak tahu siapa patut dihubungi untuk meminta nasihat.

'Kami terpaksa merampas bateri telefon bimbitnya bagi mengelak dia terus-menerus mengganggu tugas polis,' kata seorang pegawai kanan polis. -- Agensi.

Buat laporan polis dek terima SMS cinta

KUALA LUMPUR: Akibat hilang sabar kerana sering diganggu dengan 'nota-nota cinta' yang dihantar menerusi SMS, Ketua Wanita Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datin Paduka Chew Mei Fun, akhirnya membuat laporan polis kelmarin.

Beliau, yang mula menerima SMS tersebut lapan tahun lalu dari tiga lelaki yang dikenalinya, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dekat sini.

Laporan tersebut dibuat bagi menghentikan tindakan lelaki terbabit daripada terus mengganggu beliau. -- Utusan Malaysia.

Lelaki diisytihar penganut Kristian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan semalam memutuskan seorang lelaki yang diberi nama Islam oleh bapanya semasa lahir kini penganut Kristian.

Nama lelaki itu dalam kad pengenalannya ialah Mohammad Shah @ Gilbert Freeman.

Beliau, 61 tahun, membawa kesnya ke mahkamah apabila Jabatan Pendaftaran Nasional enggan membenarkan beliau menggugurkan nama Islamnya.

Beliau dibesarkan sebagai penganut Kristian oleh ibunya selepas ayahnya meninggalkan keluarga mereka apabila beliau berusia dua bulan. -- AP.

Zubir Ali meninggal lepas pembedahan

PETALING JAYA: Komposer dan penyanyi Zubir Ali meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada 11 pagi semalam selepas menjalani pembedahan jantung.

Allahyarham merupakan bekas vokalis kumpulan Harmoni yang popular dengan lagu Penantian. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini