Pages

Monday, March 9, 2009

Pesawat kargo terhempas di Kampala

KAMPALA: Sebuah pesawat kargo terhempas sebelum menjunam ke dalam Tasik Victoria, berhampiran lapangan terbang utama Uganda pagi tadi.

Setakat ini belum ada maklumat berhubung mangsa yang terbunuh akibat nahas pesawat itu.

Jurucakap polis, Judith Nabakooba, berkata pesawat itu terhempas berhampiran Pulau Bugunga.

Satu pasukan sudah dihantar untuk memeriksa mangsa yang terbunuh.

Pegawai Penguatkuasa Penerbangan Sivil Uganda, Vianny Lugya, pula berkata Menteri Pengangkutan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Kemalangan udara bukan satu perkara luar biasa di Afrika, apabila kebanyakan pesawat yang digunakan adalah uzur dan ketinggalan zaman dengan prasarananya sering kali tidak diselenggara dengan betul.

Sesetengah pesawat juga diharamkan daripada memasuki Eropah. - AP

No comments:

Posting Terkini