Pages

Thursday, March 5, 2009

Kes Penipuan Saiful Bontot dipindah ke Mahkamah Tinggi, Anwar buat rayuan

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan menjadi perhatian, kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perkara tersebut kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan Selasa ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen, sekali gus menetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.

Anwar sebelum ini mempertikaikan kesahihan sijil pemindahan kes itu dengan alasan Abdul Gani tidak sepatutnya menandatanganinya kerana beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaannya yang Abdul Gani memalsukan keterangan dalam insiden "mata hitam" yang dialami Anwar 10 tahun lalu.

Sementara itu, salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan tersebut, namun terpaksa menerimanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan esok bagi semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada 7 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Berikutan itu, pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

No comments:

Posting Terkini